3 pekerja alami kecederaan dalam kebakaran serta letupan melibatkan sebuah kilang di Jalan Then Kung Suk, Sibu

SIBU -- 3 lelaki yang sedang menjalankan kerja kimpalan mengalami kecederaan selepas kilang tempat mereka bekerja du Jalan Then Kung Suk terbakar pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota dari BBP Sibu Sentral bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 11.29 pagi.

"Sampai di lokasi, maklumat awal yang diperoleh mengesahkan 3 pekerja kilang mengalami kecederaan dan sudah dihantar ke klinik berdekatan bagi diberikan rawatan lanjut," jelasnya.

Pekerja kilang katanya turut memaklumkan kebakaranberpunca daripada kerja-kerja pendawaian dan terdapat percikan api mengakibatkan berlaku sedikit letupan.
Kebakaran yang berlaku turut memusnahkan satu set peralatan welding dan juga sebuah jentera forklift.

"Api telah dapat dipadamkan oleh pemilik kilang dan beberapa orang pekerja yang berada di lokasi dengan menggunakan 7 unit alat pemadam api sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

PKO kemudiannya mengarahkan anggotanya membuat "size-up" di dalam bangunan yang terjejas bagi memastikan tiada lagi berlaku kebakaran berulang.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 12.23 tengah hari dan bertolak semula balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post