Geng curi motosikal tumpas, tiga lelaki tempatan ditangkap

KUCHING-- Tiga lelaki diberkas polis kerana terlibat kes mencuri motosikal di Kuching dan Siburan baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata, suspek pertama seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun ditangkap pada 14 Disember lalu sekitar jam 7 malam di kawasan parkir awam Batu 6 sepasukan polis diketuai oleh Ketua Polis Balai Polis Sg Maong 

"Dengan dipandu arah suspek, pada jam lebih kurang 8.50 malam, di sebuah rumah di kawasan Beratok, Jalan Kuching-Serian telah berjaya menangkap dua orang lelaki yang merupakan rakan sejenayah warga tempatan berumur 40 dan 41 tahun, disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal. 

"Pemeriksaan dijalankan telah merampas empat buah motosikal disyaki curi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil semakan, sebuah 
motosikal dilaporkan hilang di kawasan Sg Maong, Kuching pada 14 Disember 2023 manakala dua buah motosikal di laporkan hilang di kawasan siburan pada 27 November 20203 dan 11 Disember 23. 

"Sebuah lagi motosikal casis telah diganggu diserahkan kepada JSJ IPD Padawan untuk siasatan lanjut.

"Kesemua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur 
Jenayah selama empat hari bermula 16 sehingga 19 Disember 2023 dan reman akan disambung untuk siasatan lanjut," tegasnya.

Menurut Merbin lagi, semakan rekod mendapati kesemua suspek memiliki rekod jenayah lampau pelbagai kesalahan jenayah dan juga kesalahan penyalahgunaan dadah. 

"Hasil ujian awal air kencing terhadap 
kesemua suspek adalah positif dadah jenis amphetamine," ujarnya.

Jelasnya, kertas siasatan untuk semua kes di atas telah dibuka di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari 1 tahun dan tidak lebih dari 7 tahun dan boleh juga dikenakan 
denda.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam untuk menyalurkan sebarang 
maklumat berkaitan jenayah dengan menghubungi pusat kawalan IPD
Kuching di talian 082-244444 atau menyalurkan maklumat di balai polis yang berhampiran.
Next Post Previous Post