Sarawak sumbang 24 peratus hektar tanah untuk tanaman koko negara

KUCHING-- Sarawak menyumbang 24 peratus daripada 5,985 hektar kawasan tanaman koko negara, kata Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) itu memberitahu keluasan kawasan tanaman koko negara itu juga telah berjaya merekodkan 168,000 kilogram atau 168 tan metrik pengeluaran biji koko negara bagi tempoh Januari hingga September 2023, jumlah pengeluaran biji koko negara mencatat jumlah sebanyak 168,000 kilogram (168 tan metrik).

Jelasnya lagi, sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan untuk Sarawak bagi melaksanakan program pengagihan insentif penanaman koko. 

"Antara inisiatif program ini adalah pengagihan insentif penanaman koko di Sarawak seluas 512 hektar dengan peruntukan projek di Sarawak berjumlah RM2.5 juta, 

"Manakala bentuk insentif yang bakal diagihkan input dan peralatan pertanian, anak benih koko bercantum dan insentif pokok pelindung serta pembersihan kawasan," katanya semasa sesi bertemu pekebun kecil koko di Kampung Serpan Laut, Asajaya, di kebun koko milik Haili Hassan semalam.

Kata Fadillah kelompok koko di Serpan Laut, Asajaya mula dibangunkan pada tahun 2018 (TBCC18) melibatkan tiga peserta dengan kawasan seluas 3 hektar dan kini, jumlah peserta adalah seramai 16 orang dengan keluasan 16 hektar. 

"Pada tahun 2022, tanaman koko Kampung Serpan Laut telah mula mengeluarkan hasil biji koko sebanyak 248.15 kilogram. 

"Manakala, dalam tempoh Januari hingga September 2023, jumlah pengeluaran biji kokonya telah mencapai 1,237.50 kilogram (1.2 tan metrik)," katanya.

Selain sesi pertemuan itu, beliau turut menyempurnakan sesi penyerahan borang permohonan penanam koko setempat di kawasan Asajaya untuk menyertai Program Pemulihan Kebun Koko yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM).
Next Post Previous Post