Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM328,000

KUCHING— Dua wanita tempatan yang menjadi mangsa penipuan atas talian membuat laporan polis mendakwa mengalami kerugian berjumlah RM328,000 akibat terpedaya ‘phone scam’ dan tawaran pekerjaan sambilan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 50-an dan 30-an membuat laporan tersebut semalam.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa mengalami kerugian sebanyak RM170,000 dan RM158,000 masing-masing.

“Mangsa pertama dari Bintulu, pesara swasta diberitahu terdapat satu bungkusan atas nama mangsa mengandungi kad debit milik individu lain, namun dinafikan mangsa.

“Mangsa kemudian disambungkan kepada polis Bukit Aman ‘Sarjan Ling’ yang kemudian memberitahu kononnya mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan menerima komisyen RM300,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, wanita itu yang takut kerana diugut akan ditangkap polis atas kesalahan kononnya dilakukan mangsa, telah percaya untuk membuka akaun bank baharu serta memindahkan wang dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan insuran RM170,000.

Mancha menambah, mangsa kedua pula melibatkan seorang pekerja pusat rawatan kuku dari Kuching yang terpedaya dengan tawaran kerja dari rumah yang ditawarkan ‘Rock Space’ melalui laman sosial.

“Suspek menawarkan komisyen kepada mangsa untuk bekerja atas talian iaitu tambah nilai wang ke akaun-akaun bank tertentu yang diberikan perkhidmatan pelanggan.

“Mangsa telah diarahkan memindahkan wang keseluruhan berjumlah RM158,000 ari akaun banknya ke sembilan akaun atas nama individu dan syarikat tidak dikenali,” kata Mancha.

Katanya, mangsa memberitahu telah menerima komisyen sebanyak RM397.30.

Namun mangsa hanya menyedari ditipu setelah diminta membayar RM50,000 lagi untuk mengeluarkan RM158,000 serta keuntungan
Next Post Previous Post