Klinik Kesihatan Bandaraya Miri beroperasi 2024

Klinik Kesihatan Bandaraya Miri mampu menampung 1,000 penduduk setiap hari. Gambar Lukanisman Awang Sauni

MIRI— Masalah kesesakan di poliklinik Miri yang menjadi ‘mimpi ngeri’ sejak sekian lama bagi penduduk di sini selesai apabila Klinik Kesihatan (KK) Bandaraya Miri beroperasi tahun depan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, projek yang menelan kos RM26.3 juta ini memberikan perkhidmatan kepada penduduk di Taman Tunku, Bakam, Luak, Permyjaya dan Pujut.

“Klinik ini akan dijangka beroperasi sepenuhnya pada suku pertama tahun 2024 dan mampu memberi perkhidmatan kepada 1,000 penduduk setiap hari.

“Ia menyediakan perkhidmatan dan ruang seperti Rawatan Pesakit Luar, Kecemasan dan Trauma, Kesihatan Ibu dan Anak, Rawatan Pergigian, Perkhidmatan X-Ray, Perkhidmatan Makmal Perubatan, Perkhidmatan Farmasi dan turut menyediakan Perkhidmatan Kaunseling Makanan dan Dietetik,” katanya pada Majlis Penyerahan Klinik Kesihatan Bandaraya Miri, baru-baru ini.

Lukanisman menambah, perkhidmatan Klinik Ibu dan Anak di Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai Jau, Tanjung Lobang dipindahkan ke KK Bandaraya Miri manakala polikliniik di Jalan Merbau kekal beroperasi.

Untuk rekod, Klinik Bandaraya Miri disiapkan pada 26 Jun dan kini dalam proses akhir menyediakan semua pembekalan dan penghantaran peralatan-peralatan perubatan dan bukan perubatan.

Beberapa tahun lalu, penduduk terpaksa berhimpit-himpit dan datang seawal 5 pagi untuk mendapatkan rawatan di poliklinik di Jalan Merbau, yang berkongsi bangunan dengan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KIA).

Kemudahan KIA itu kemudian dipindahkan ke bangunan di Tanjung Lobang, namun ia tidak dapat menampung jumlah penduduk yang bertambah menyebabkan kesesakan kritikal
Next Post Previous Post