Warga emas hanyut ketika mandi ditemukan lemas

MIRI--Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hanyut dibawa arus sungai ketika mandi di Long Miri pada Selasa ditemukan lemas di Sungai Baram, petang semalam.

Mayat Puyang Ajang, 64,  ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi terakhir dikhuatiri terjatuh sebelum hanyut dibawa arus deras sungai.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, mayat mangsa ditemukan oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat.

"Mangsa dijumpai dalam keadaan tubuh badan yang sempurna.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan semalam.

Berikutan penemuan itu, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.30 petang semalam.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.