Redah api selamatkan warga emas
SARATOK— Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan dua warga emas dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Kampung Kupang Hilir, Saratok, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerahkan ke lokasi sejurus mendapat panggilan kecemasan MERS 999 pada 12.14 tengah hari tadi.
“Setibanya di lokasi, orang awam memaklumkan terdapat dua warga emas selamat dikeluarkan sebelum ketibaan pasukan bomba dan tiada sebarang kecederaan
“Kebakaran itu melibatkan struktur tidak kekal yang musnah 100 peratus, manakala sebuah rumah dua tingkat jenis struktur tidak kekal bersebelahan terbakar dua peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pasukan bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan sebuah pam angkut, satu aliran 200 kaki dua Nozel dari sumber air terbuka.
Pasukan bomba melakukan pemadaman dengan teknik Offenssive dan Defensive bagi mengelakkan kebakaran merebak ke rumah berdekatan.
Gambar ihsan PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.