Bandar mesra kanak-kanak, warga emas jadi fokus Datuk Bandar DBKU

KUCHING— Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang baharu, Hilmy Othman menumpukan dua perkara iaitu infrastruktur yang mesra kanak-kanak dan masyarakat menua.

Beliau berkata, usaha itu sudah dimulakan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara DBKU dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) awal tahun ini.

“Kita sudah mempunyai taman, jalan raya yang baik, dan sistem pengurusan sisa yang baik. Jadi, apa yang ingin ditekankan ialah melihat keperluan sesuatu kawasan yang mungkin memerlukan kemudahan seperti keselamatan untuk kanak-kanak dan pusat jagaan warga emas.

“Justeru saya bercadang membina lebih banyak infrastruktur bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dan warga emas,”katanya dipetik The Borneo Post, selepas majlis angkat sumpah di hadapan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia hari ini ini.

Bekas timbalan datuk bandar Kuching Selatan berusia 64 tahun itu dilantik sebagai datuk bandar untuk tempoh dua tahun, menggantikan Datuk Junaidi Reduan, yang bersara selepas berkhidmat sebagai Datuk Bandar sejak 2019.

1/9 Premier Sarawak yang juga Yang di- Pertua Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti PBB di Ibu Pejabat Parti PBB, Jalan Bako hari ini. Hadir sama Timbalan Yang di-Pertua Parti, Datuk Amar Douglas Uggah, Setiausaha Agung Parti PBB, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan ahli-ahli exco parti.

Hilmy berkata DBKU akan bekerjasama dengan majlis lain, khususnya Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), dalam inisiatif dan dasar yang sama.

Beliau berkata DBKU juga mengalu-alukan kerjasama dengan sektor swasta untuk menyediakan program dan infrastruktur yang lebih baik untuk komuniti seperti membina pusat jagaan dan kemudahan warga emas.

“Dengan perancangan dan strategi yang betul, saya percaya bandar raya Kuching akan menjadi lebih baik pada masa hadapan. Tetapi ini memerlukan kita bekerjasama, usaha bersepadu.”
Next Post Previous Post