Letak batu sebagai "tanda" rumah untuk dirompak

KUCHING-- Seperti adegan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, membuat tanda "X" pada rumah yang hendak dirompak, begitulah insiden yang berlaku di kawasan perumahan di Stapok di sini.

Difahamkan, kumpulan perompak berkenaan yang dipercayai bukan warga tempatan didakwa akan meletakkan batu sebagai "tanda" di perkarangan rumah yang akan disasaran.

Menurut sumber, satu kejadian rompak telah berlaku di sebuah rumah di Stapok sekitar jam 3 pagi tadi

"Semasa mangsa dan suami tidur, tiba-tiba bunyi orang membuka pintu bilik tidur pasangan terbabit dan tiga orang lelaki tidak dikenali yang mengunakan topeng terus masuk ke bilik.




"Salah seorang daripada suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa mereka tidak kacau pasangan terbabit dan hanya mahu duit saja," kata sumber.


"Salah seorang daripada suspek memaklumkan kepada mangsa bahawa mereka tidak kacau pasangan terbabit dan hanya mahu duit saja," kata sumber.

Selepas itu salah seorang daripada mereka mengambil wayar pengecas telefon di dalam bilik mangsa dan terus mengikat tangan mangsa dan suami mengunakan wayar tersebut. 

Perompak terbabit juga menyuruh mangsa mengejutkan anak perempuan yang sedang tidur di bilik sebelah dan anak perempuan mangsa juga diikat bahagian tangan.

Ketiga-tiga beranak kemudian diletakan di dalam bilik tidur utama sebelum perompak terbabit bertanyakan di mana mangsa menyimpan barang-barang berharga milik mereka.

Tambahnya, disebabkan mangsa ketakutan mangsa telah mengikut semua arahan yang mereka suruh dan suami mangsa telah diarahkan untuk membuka peti keselamatan sambil meletakkan pisau pemotong sayur di leher suami mangsa supaya mengikut semua arahan yang mereka suruh.

Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kerugian berupa wang tunai RM22,000, jam tangan berharga (jenama rolex, tisso dan pelbagai jenama), gelang tangan emas (2 utas) anggaran harga RM3,000, simbolik berbentuk ketulan emas (15 ketul) anggaran harga RM15,000, pingat penghargaan berbentuk emas (7 ketul), duit syiling dan wang kertas peringatan, duit syiling dan wang kertas edaran siri lama dan barangan lain.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek dipercayai menggunakan loghat Indonesia.

Insiden rompak yang sama dikatakan pernah berlaku di sebuah perumahan di Kota Samarahan pada bulan lepas.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat hiasan aneh di rumah seperti tiga batu diletakkan mesti mengambil langkah berjaga-jaga.  

Next Post Previous Post