Lelaki maut terpelanting, motosikal ditunggang terjunam ke dalam parit
BINTULU: Seorang lelaki menemui maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terpelanting ke dalam parit besar tepi jalan di kawasan Pusat Latihan Pengajian Tinggi (ADTEC) Bintulu pada jam 8 malam tadi.
Jurucakap pasukan bravo BBP Bintulu dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, mangsa yang dikenali sebagai Hilarry Tawan Anderson Kalong berusia 27 tahun disahkan maut oleh pasukan perubatan dari KKM yang turut berada di lokasi.
"Sepasukan anggota bomba dari BBP Bintulu bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 8.12 malam," jelasnya.
Sampai di lokasi pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah motosikal yang terjatuh ke dalam parit besar tepi jalan sedalam 12 kaki.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mayat mangsa sebelum menyerahkannya kepada PDRM untuk tindakan lanjut.
Selepas keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi menyelamat pada jam 9.32 malam sebelum bertolak semula balik ke balai.
Gambar BBP Bintulu
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.