10,000 hektar ladang buluh komersial, 1,640 hektar ladang komuniti dirancang dibangunkan di Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penanaman Buluh Secara Komersial antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Rich Venture Plantation Sdn Bhd bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini 

Seluas lebih kurang 10,000 hektar ladang buluh komersial dan 1,640 hektar ladang komuniti dirancang untuk dibangunkan di negeri ini.

Ketika berucap di majlis berkenaan, Abang Johari berkata, "Saya juga difahamkan, setakat ini seluas 2,760 hektar ladang buluh komersial telah dibangunkan dan seluas 59 hektar ladang komuniti telah dibangunkan di seluruh negeri daripada anggaran 10,000 hektar untuk kita tanam buluh secara komersial.

"Saya yakin dengan strategi ini, Sarawak akan mampu menjadi hab pembangunan industri buluh yang berjaya di Malaysia," ujarnya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penanaman Buluh Secara Komersial antara Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Rich Venture Plantation Sdn Bhd di sini, hari ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sasaran itu berdasarkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang bertujuan menampung kelestarian bekalan sumber untuk industri buluh Sarawak.

Hadir sama Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Pengarah Urusan Rich Venture Plantation Sdn Bhd Dato Hii King Chiong dan Pengarah Rich Venture Plantation Sdn Bhd Hii Wei Wen.

Sehubungan itu, beliau berharap PUSAKA dan Rich Venture Plantation Sdn Bhd akan membuat banyak kajian atau penyelidikan untuk menghasilkan pelbagai produk daripada buluh agar tidak terhad kepada satu pengeluaran sahaja.

Di bawah MoU tersebut, PUSAKA dan Rich Venture Plantation Sdn Bhd akan bekerjasama selama dua tahun bagi mewujudkan ladang dan pusat pemprosesan buluh secara komersil.

Sumber Dan Gambar Sarawakku
Next Post Previous Post