Sarawak tawar jurusan perundangan MA63, NCR di Swinburne


KUCHING— Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) adalah antara jurusan baharu yang ditawarkan di bawah pengajian undang-undang di Universiti Teknologi Swinburne kampus Sarawak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak yang juga Pro-Canselor Swinburne Kampus Sarawak berkata, pelajar yang mengambil jurusan ini dibenarkan menjalani tempoh program selama satu setengah tahun di sini sebelum menamatkan pengajian di kampus utama di Melbourne, Australia.

“Kerajaan negeri turut menawarkan jurusan keselamatan siber, sains data dan rekaan industri dan kejuruteraan perisian.

“Kejuruteraan perisian ditawarkan penghujung tahun lalu. Empat program baharu diploma ialah teknologi maklumat (IT), pendidikan awal kanak-kanak, reka bentuk digital media dan ukur bahan,” katanya.

Abang Johari berkata demikian merasmikan Mesyuarat Majlis Swinburne Sarawak Ke-36 di pejabatnya di sini pada Rabu (26 Julai).

Beliau menambah, Swinburne Kampus Sarawak yang ditubuhkan 23 tahun lalu mempunyai 4,000 pelajar termasuk 1,057 pelajar baharu yang mendaftar tahun lalu.
 
Pada majlis itu, beliau mengalu-alukan Datuk Amar Jaul Samion sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah baharu menggantikan Tan Sri Datuk Amar Mohd. Morshidi Abdul Ghani.


Gambar ihsan Pejabat Premier Sarawak
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.