Polis Kuching selesai 112 kes jenayah komersil setakat Jun

KUCHING— Sebanyak 336 kertas siasatan dibuka Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) IPD Kuching dari Januari hingga Jun tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mendedahkan, sebanyak 112 atau 33.33 peratus kes berjaya diselesaikan melibatkan 85 tangkapan.

Beliau berkata, bagi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) pula sebanyak 34 pertuduhan telah dibuat ke atas individu bagi pelbagai kesalahan trafik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, seramai 671 individu telah ditangkap melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dengan sebanyak 148 individu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan positif saringan air kencing. 

“Seramai 445 individu yang ditangkap telah dituduh di mahkamah. Statistik jenayah indeks untuk enam bulan pertama tahun ini menunjukkan kenaikan sebanyak satu kes berbanding 401 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2022.





“Manakala jenayah bukan indeks bagi tempoh yang sama adalah sebanyak 403 kes iaitu peningkatan sebanyak 122 kes (43.4 peratus). sebanyak (63.43 peratus) kes yang disiasat telah berjaya diselesaikan dan selebihnya masih dalam tindakan.

Ahsmon menambah, bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) telah berjaya menangkap seramai 1239 individu yang terlibat dengan kesalahan penyalahgunaan dadah. 

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 864 individu mempunyai rekod jenayah lampau dan sebanyak 841 kes telah dituduh,” ujarnya.

Objektif utama operas ini dujalankan adalah untuk membanteras dan mencegah kejadian jenayah bagi kes-kes yang meningkat.

Katanya, kejayaan operasi pencegahan jenayah seumpama ini akan diteruskan dari masa ke masa bagi membanteras dan mencegah jenayah serta menjamin keselamatan masyarakat awam di kawasan setempat khususnya bandar raya Kuching.


Gambar kredit PDRM
Next Post Previous Post