Lelaki lagak samseng pecah mesin ATM dipenjara lapan bulan
LIMBANG—Seorang lelaki yang berlagak berani memecahkan tiga mesin skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bandar ini menerima padah apabila dihukum lapan bulan penjara bagi empat pertuduhan di Mahkamah Majistret Limbang pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot dalam kenyataan media hari ini berkata tertuduh dari Limbang berusia 42 tahun itu telah diituduh di Mahkamah Majistret pada jam 10 pagi.
“Tertuduh telah mengaku bersalah keatas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dihadapan Majistret Shafiza Datu Abdul Razak Tready.
“ Tertuduh telah dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara bagi setiap pertuduhan,”katanya lagi.
Hasil tangkapan itu kata Parum pihaknya berjaya menyelesaikan empat kes jenayah khianat di bandar ini melibatkan tiga kes pecah skrin mesin ATM dan satu kes pecah cermin kenderaan.
Parum turut menasihati kepada masyarakat untuk tidak terlibat sama sekali dalam segala jenis jenayah yang mampu mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Pada 9 Julai lalu pihaknya menerima dua laporan polis berkenaan kes seorang lelaki telah dengan sengaja memecahkan skrin mesin ATM di dua buah bank tempatan di bandar ini.
Manakala pada 10 Julai polis Limbang berjaya menangkap tertuduh kerana di syaki terlibat di dalam kes ini.
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.