Usahawan OKU dari Miri perlu sokongan rakyat Sarawak ‘hidupkan’ kembali perniagaan makanan keringnya…

MIRI-‘Tahun ini sudah genap setahun jualan makanan kering kami ‘suram’ kurang pembeli,” kata usahawan tempatan orang kurang upaya (OKU) fizikal, Mohd Sabrie Mohamad Brahim dari Kampung Bakam, Miri.

Jelasnya hasil jualan semakin berkurang dan perniagaan semakin merosot dan goyah membuatkan pendapatannya turut terjejas.
‘Saya benar-benar memerlukan sokongan orang ramai untuk kami bangkit kembali, jauh sekali menagih simpati.

” Harapan saya dapat menambat hati masyarakat kita sendiri untuk menyokong dan ihsan terhadap jualan saya, begitu juga dari badan-badan, agensi kerajaan atau swasta,” katanya kepada Borneo Network hari ini.

Jelas Mohd Sabrie meskipun berdepan cabaran getir selepas perniagaan semakin goyah, beliau perlu kuat demi mencari sesuap nasi untuk menampung empat anaknya yang masih bersekolah selain ingin menyelamatkan empayar perniagaannya yang pernah ‘berdiri megah’ suatu ketika dulu di Sarawak.

Katanya beliau menyimpan kisah hitam yang menimpanya pada 27 Februari 2015, apabila dilanggar sebuah lori 3 tan ketika dalam perjalanan pulang sekitar jam 8 malam, menyebabkan kaki kirinya hancur dan keretanya rosak teruk (total loss) walaupun belum sempat membayar pinjaman bulan pertama.

Detik menyayatkan hati itu berlaku ketika beliau mahu pulang cepat membawa anaknya Insyirah ke klinik kerana demam panas.
“Ketika itu saya berhenti memberi simpati kepada seorang lelaki tua yang tayar keretanya mengalami kebocoran,”katanya.

Tambah Sabrie, beliau sendiri bukan sahaja membantu menukarkan tayar, malah sanggup pula memberikan tayar gantian keretanya kepada pakcik tersebut ketika itu, namun dalam sekelip mata beliau menjadi hilang upaya yang mengakibatkan kaki kirinya hancur.

Beliau juga berdepan ujian yang amat berat ketika itu apabila gigih merawat anaknya Annisa yang perlu menjalani siri rawatan atas tumor dihidapi, yang kita semakin pulih.

Kisah hitam itu ujarnya memberi hikmah tersendiri apabila beliau mengorak langkah mengusahakan pernaigaan makanan kering yang dibuat atas nama syarikat Insyirah Family Enterprise yang didaftarkan pada tahun 2020.

“Jualan yang hanya bermula dengan rempeyek dan kuih perut ayam pada tahun 2016 berbekal modal cuma RM500 itu, kini telah berkembang mengeluarkan banyak produk lain,”kata beliau lagi.

Antaranya peria crispy pelbagai perisa, cornflakes bersira spicy, popia nestum dan popia serunding udang serta ikan terubuk masin di mana jualannya tidak hanya mendapat sambutan setempat, tetapi telah menembusi pasaran Semenanjung Malaysia.

Perniagaan yang diinspirasikan dari nama anaknya, Nur imanie Insyirah dan Nur Annisa Insyirah itu kini diusahakan bersama isteri beliau, Nurayati Gusni di premis disewa mereka di Assar Commercial Centre di Bandar Miri.

Beliau dan isteri menetapkan perancangan agar Insyirah Family Enterprise menjadi pengeluar makanan kudapan ringan serta bahan mentah yang mampu memberi dan mengeluarkan hasil berkualiti dan bermutu tinggi.

Selain itu, mereka juga beriltizam menjadi pengeluar dan pemasar produk makanan kudapan ringan serta bahan mentah yang menepati cita rasa pelbagai peringkat umur.

Malah, Sabrie turut menetapkan hala tuju untuk memperluaskan perniagaan mereka hingga terkenal di Malaysia dan menubuhkan cawangan lebih luas bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Antara produk-produk yang diusahakan termasuk:
IKAN TERUBUK MASIN:
√ Satu ekor 280gram (Harga:RM8)
√ Satu ekor 460gram (Harga:RM13)

✔ Peria Crispy (spicy/original) - RM10
✔️Peria Crispy Cheese(Spicy/Original) RM13
✔️POPIA SERUNDING UDANG RM19
✔️POPIA NESTUM RM17

Urusan pembayaran boleh dibuat secara dalam talian menggunakan:

Maybank
InsyirahFamily
561181109829

Orang ramai yang berminat mendapatkan produk-produk keluaran syarikat Insyirah Family Enterprise boleh membuat pesanan kepada beliau di http://www.wasap.my/60128087457
Next Post Previous Post