Polis dan Jabatan Kebajikan selamatkan gelandangan agresif

SIBU-- Seorang gelandangan disyaki pesakit mental yang selalu bertindak agresif mengganggu orang awam lalu lalang di terminal bus dan mengganggu peniaga di sekitar terminal bus di sini, diselamatkan pihak polis.

Bertindak atas aduan orang awam semalam, pada jam 11.25 malam tadi 
sepasukan polis diketuai ASP Kushairy Bujang bersama pasukan Jabatan Kebajikan Sibu diketuai Hasbie Julaihi telah menyelamat gelandangan terbabit
yang dikenali Chong Say Mee,57.

Kushairy berkata, kekerasan minima terpaksa digunakan semasa menyelamat gelandangan tersebut yang cuba melarikan diri ketika nampak kehadiran polis.

"Gelandangan tersebut telah dibawa ke wad kecemasan Hospital Sibu dengan ambulans untuk tindakan lanjut. 

"Pihak polis dan Pakar Psikiatri Hospital Sibu, Dr Wong Siong Teck juga telah dimaklumkan kes ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, gelandangan tersebut selamat di hantar ke hospital Sibu dan diserahkan pada doktor yang bertugas di wad kecemasan.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.