Dua buah rumah panjang Nanga Ngungun dinaiki air, 28 penduduk dipindahkan

KANOWIT: 28 penduduk dari dua buah rumah panjang di Nanga Ngungun dipindahkan ke PPS Dewan JKKK Nanga Ngungun pada jam 11.11 pagi tadi selepas rumah panjang berkenaan dinaiki air sedalam 0.61 meter.
Salah seorang mangsa merupakan bayi lelaki dan seorang warga emas lelaki.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, operasi pemindahan kesemua mangsa terjejas darj Rumah Suzie dan Nyalong itu dibantu pasukan bomba dengan menggunakan perahu milik penduduk rumah panjang ke kawasan tinggi.

Menurutnya, air menunjukkan trend penurunan, namun atas faktor keselamatan, penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS memandangkan air surut dengan perlahan.

Pasukan bomba akan menjalankan pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan keselamatan semua penduduk yang terjejas banjir terutama kediaman yang dinaiki air.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.