Sembilan penempatan di Skrang banjir

BETONG: Sembilan lokasi di kawasan Skrang masih ditenggelami air, hasil pemantauan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Betong sekitar petang semalam.

Kawasan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tabut, rumah panjang Landan Libau Tabut Ulu, Rh. Karin Bandung Tabut Ili, Rh. Hary Nanang Tembong, Rh. Jerukan Renang Tembong, Rh. Jangin Surie Kejemut, Rh. Rebecca Junting Lipat Ulu, Rh. Kumbang Ajau Lipat Ili dan Rh. Jelendai Tawi Lipat Lama.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Leftenan (PA) Desem Samuel memberitahu pihaknya telah memantau di sekitar kawasan terbabit dan mendapati masih terdapat air yang belum surut sepenuhnya dan dikhuatiri akan berlaku peningkatan air disebabkan pertembungan air pasang.

"Paras air sekitar 1 hingga 4 kaki masih menenggelamkan kebanyakan laluan ke lokasi terbabit.

"Keadaan ini menyebabkan beberapa kawasan terbabit terputus hubungan dan penduduk tidak dapat menjalankan aktiviti dan rutin harian kerana laluan keluar masih ditenggelami air.

"Meskipun keadaan masih terkawal tapi trend air masih menaik.

Penghuni di kawasan tersebut dinasihatkan supaya berhati-hati dan bersedia dengan kemungkinan peningkatan air mendadak sekiranya cuaca hujan.

Dianggarkan sekitar hampir 500 penghuni di kawasan tersebut terkandas dalam kejadian banjir yang berlaku sejak Rabu.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.