Projek pengawalan hakisan di Pantai Kampung Batu 1 siap April ini

MIRI— Projek pengawalan hakisan pantai di Kampung Batu 1, Kuala Baram yang bernilai RM17 juta dijangka siap April ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, projek ini meliputi pembinaan struktur pemecah ombak, groin dan landasan bot nelayan baru .

“Projek ini bertujuan melindungi Pasar Awam Kampung Batu 1 dan jalan raya utama daripada limpahan banjir pantai,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Azmi berkata, pihak Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklum masalah hakisan di kawasan Pantai Lutong.

“Masalah hakisan pantai di kawasan ini berlaku disebabkan fenomena air pasang besar disertai ombak dan hujan lebat telah menyebabkan berlakunya limpahan air laut dan kejadian banjir pantai.

“Projek pengawalan hakisan di Pantai Lutong merupakan salah satu projek yang dipohon melalui peruntukan tersebut bagi Sarawak.

“Pada tahun ini, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, terdapat tiga projek yang dipohon untuk Miri dengan anggaran kos projek berjumlah RM24 juta. Ia meliputi projek pengawalan hakisan di pantai Luak Esplanade, Kampung Luak dan pantai Bakam,” kata Nik Nazmi.

Pada sesi itu, Chiew Choon Man (PH-Miri) turut bertanyakan status projek pembinaan penambakan laut dan perlindungan daripada hakisan di pantai Lutong, Miri dan perancangan projek tersebut.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.