Geng curi bateri pencawang telekomunikasi tumpas

Pencuri bateri, geng pencuri bateri Miri, bateri pencawang
MIRI- Sekumpulan lelaki warga tempatan yang dalang utama kegiatan curi bateri pencawang telekomunikasi di sekitar Batu Niah dan Bekenu berjaya ditumpaskan pada Op Lusuh yang dijalankan baru-baru ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, dalam operasi itu, empat lelaki tempatan berusia antara 17 hinga 27 tahun ditangkap oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri.

"Empat suspek tempatan itu merupakan dalang utama dalam kegiatan curi tersebut dan termasuk seorang pemilik kedai lusuh yang turut ditangkap kerana membeli barangan curi," katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu.

Dalam tangkapan itu, katanya, polis turut merampas 65 bateri pencawang telekemonunikasi yang dicuri kumpulan tersebut.

Mengenai Op Lejang, Azman berkata, ia turut dilancarkan bagi mengesan sindiket kecurian motosikal daerah Miri yang mana kes kehilangan motosikal telah mencatatkan peningkatkan sebanyak 33 peratus iaitu lapan kes dilaporkan bagi tempoh Januari sehingga Februari tahun ini berbanding enam kes sahaja dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas. 

"Hasil maklumat risikan dan operasi yang dilancarkan, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Miri sekali lagi berjaya menumpaskan dan menangkap seramai lima orang lelaki tempatan yang merupakan suspek utama di dalam kegiatan mencuri motosikal di daerah Miri manakala tiga orang lelaki warganegara asing turut ditangkap kerana dipercayai membeli barangan curi. 

"Dalam operasi tersebut, sebanyak tujuh buah motosikal yang dipercayai barangan curi telah dirampas," katanya.

Jelasnya lagi, kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor yang boleh dihukum penjara dalam tempoh tidak kurang daripada setahun dan tidak melebih tujuh tahun serta dikenakan denda. 

Menurut beliau, kesemua suspek yang ditangkap dalam OP Lusuh dan OP Lejang ini telah berjaya dituduh di Mahkamah Miri pada 27 Februari lalu. 

Selain itu, beliau memberitahu, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 12 telah membuat serbuan ke atas sebuah premis di kawasan Permyjaya pada 17 Mac lalu yang disyaki terlibat dengan penjualan rokok dan minuman keras tanpa cukai dan menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai penjaga premis tersebut. 

Beliau mendedahkan, hasil serbuan tersebut telah berjaya membuat rampasan 240 botol minuman keras, 2,040 tin bir pelbagai jenama dan 1,740 karton rokok pelbagai jenama tanpa cukai yang dianggarkan keseluruhan bernilai RM344,258.30. 

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. 

"Jika disabitkan kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang 10 kali nilat barang atau RM 100,00.00 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM 500,000.00 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada masyarakat tempatan yang telah membantu serta memberikan maklumat bagi menyelesaikan kes-kes kecurian dan penyeludupan yang berlaku di daerah Miri.

"Kerjasama dan hubungan yang erat di antara pihak PDRM dengan masyarakat ini telah banyak membantu hasrat PDRM dalam mengurangkan kadar jenayah.

"Justeru, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan periakuan jenayah disarankan untuk menyalurkan infomasi-infomasi dengan menghubungi Balai Polis yang berdekatan atau Bilik Gerakan IPD Miri di talian 085-433730," ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.