Betong banjir kilat, tanah runtuh

BETONG: Hujan yang turun sekitar empat jam menyebabkan berlakunya banjir kilat dan tanah runtuh menjejaskan beberapa kawasan di Betong

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Betong Kapt. (PA) Siti Huzaimah Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di sekitar Betong. 

"Hujan berterusan petang semalam telah menyebabkan air naik mendadak menyebabkan banjir kilat di jalan utama menuju ke hospital Betong. 

"Air naik sehingga paras 0.5 kaki dikawasan selekoh berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Patinggi Kedit Betong dan dikawasan berdekatan Pejabat Verde FM, Syarikat yang dilantik menjalankan kerja-kerja pembinaan Pan Borneo dari jalan simpang Betong ke Lidong. 

"Kejadian kemungkinan berpunca daripada kawasan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan dan sistem perparitan yang tidak berfungsi dan tertutup sehingga menyebabkan pengaliran air tersekat dan bertakung," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan. 

"APM Betong yang turun padang dan hadir dibeberapa lokasi untuk memantau berikutan hujan lebat yang turun dikawasan Betong sejak petang semalam. 

"Meskipun kenaikan air mendadak naik, namun sekitar jam 10 malam air telah surut sepenuhnya dan keadaan terkawal. 

"Dalam masa yang turut berlaku kejadian tanah susur pada jarak 50 meter dari lokasi banjir tersebut," ujarnya. 

Turut dilaporkan air mendadak naik ialah di hadapan Pasaraya Doraemart Betong yang naik sehingga setengah kaki namun tidak menjejaskan kawasan dalam Pasaraya terbabit. 

Sistem perparitan yang mungkin tersumbat menyebabkan pengaliran air agak perlahan dan bertakung.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.