Benih durian "kahwin" percuma untuk penduduk DUN Telang Usan

MIRI— Hampir 50,000 benih pokok durian jenis D168 dan D200 akan diagihkan kepada semua penduduk di 88 kampung di kawasan Telang Usan dalam masa terdekat.

Setiausaha Eksekutif dan Ketua Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan, Kaunselor Jau Eng Aran berkata, program pembekalan dan pengagihan benih pokok durian kali ini memanfaatkan lebih 5,400 pintu keluarga.

“Setiap bilik atau pintu akan menerima sembilan benih pokok iaitu D200 (tiga pokok) dan D168 (enam pokok). Pengagihan dijangka bermula dalam masa terdekat hingga September tahun ini.”

“Benih pokok durian ini akan diagih atau diambil di Pusat Aggihan di Miri (TG Nursery), Jabatan Pertanian di Long Lama, Long San, Long Sengong, Long Luyang dan Apau Nyaring,” katanya dalam kenyataan.

Jok menambah, program pembekalan dan pengagihan benih pokok durian ini diharap dapat menjadikan kawasan itu sebagai salah sebuah pengeluar utama durian di Sarawak pada masa hadapan.

Tambahnya, usaha ini bagi menggalakkan penduduk pedalaman di Telang Usan meningkatkan sumber pendapatan dan sosioekonomi khususnya melalui penanaman durian.

Jok menambah, hanya Ketua Kaum atau wakil beliau diberi kuasa untuk mengambil benih pokok durian dan mengagih kepada setiap pintu mengikut daftar yang disahkan oleh Pejabat Daerah Telang Usan dan Beluru. 

“Ketua Kaum yang tidak dapat datang ke pusat pengagihan harus memberikan surat kuasa bertulis kepada wakil untuk berurusan dengan Jabatan Pertanian,” katanya.

Gambar hiasan
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.