Wanita tahan azab 20 minit, paha kanan tersusuk serampang empat mata
BINTULU: Seorang wanita terpaksa menahan azab selama 20 minit selepas tertusuk serampang empat mata awal pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, dalam kejadian di sebuah rumah panjang di sini sekitar jam 1.37 pagi itu, mangsa dan rakannya cuba untuk menangkap seekor ular, namun rakannya tersalah sasaran lalu tersusuk paha kanan mangsa.
Sejurus itu katanya, mangsa dihantar ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan khidmat bantuan mengeluarkan serampang berkenaan.
"Sejurus sampai di hospital, pasukan bomba mendapati seorang wanita dalam lingkungan umur 20-an sedang dalam kesakitan akibat ditusuk sejenis objek besi dipercayai serampang 4 mata," ujarnya.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak memotong besi berkenaan menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkannya kepada pihak hospital bagi diberikan rawatan lanjut.
Gambar PGO Sarawak
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.