Lelaki maut, motosikal ditunggang kemalangan dengan kereta

SRI AMAN--Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan kereta di jejambat Temudok, Jalan Sri Aman-Serian di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu mangsa yang maut dikenali Asman Tiew, 29.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.42 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan motosikal Yamaha Y150 dengan Produa Bezza.

"Penunggang motosikal mengalami luka parah di bahagian kepala serta tidak serdarkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,setelah diperiksa oleh pegawai kesihatan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan seterusnya mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Pasukan bomba membantu pihak polis mengangkat mayat mangsa ke dalam kenderaan polis. 

"Seterusnya membuat kerja-kerja pembersihan jalan dari sisa-sisa kemalangan sehingga bersih dan selesai sepenuhnya," ujarnya.
Next Post Previous Post