Penduduk Limbang tidak setuju pelekat cukai jalan ditanggal, elak berdepan saman negara Brunei

LIMBANG-- Tidak bersetuju!, itu pendapat dan pandangan penduduk di utara negeri ini terhadap isu pelekat cukai jalan yang tidak perlu lagi dipamer di kenderaan persendirian seperti yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut penduduk, mereka berdepan saman sebanyak Dollar Brunei 70 atau RM250 jika tidak mempamer pelekat cukai jalan untuk memasuki negara jiran Brunei kerana tindakan berkenaan merupakan satu kesalahan di negara berkenaan.

“Kita harus mnghormati undang-undang negara jiran,mana-mana perundangan yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia tidak semestinya terpakai pada negara asing,”kata seorang penduduk Ibrahim Tapa.

Oleh itu katanya kerajaan perpaduan melalui Menteri Pengangkutan Datuk Antony Loke perlu melihat kesan perlaksanaan perkara berkenaan kerana ianya tidak digunapakai seluruh dunia, lebih-lebih lagi negeri atau kawasan yang bersempadan dengan negara jiran yang berdepan undang-undang yang berbeza.

Malah katanya perlaksanaan arahan tersebut tidak wajar dilaksanakan di Sarawak yang masih berdepan kekangan sistem telekomunikasi dan liputan internet khusus di luar bandar.

“Peraturan baru itu akan menyusahkan lebih-lebih lagi Jika pengguna kenderaan menggunakan telefon bimbit yang tiada data atau tertinggal telefon ataupun telefon yang kehabisan bateri,”katanya.

Seorang lagi penduduk Lawas Awang Wasli berkata sebagai penduduk yang bersempadan dengan negara jiran, adalah menjadi keperluan untuk mereka terus mengekalkan pelekat cukai jalan di kenderaan masing-masing.

“Ini lebih penting bagi mengelak dikenakan saman, kita hormat dengan undang-undang di negara jiran Brunei,”ujarnya lagi.

Sebelum ini Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.mengumumkan emilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai 10 Februari lepas. 

Katanya, warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ yang dilaksanakan di bawah satu projek perintis secara dalaman.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.