Tedung selar intai tikus dalam bilik mandi

MIRI - Seorang lelaki dikejutkan oleh kehadiran seekor ular tedung selar yang sedang tidur di dalam bilik mandi rumanhya di Tudan Fasa 4 malam tadi.

Difahamkan, reptilia itu ditemukan sekitar jam 9 malam, ketika lelaki tersebut hendak mandi.

Kerana bimbang ia terbangun, lelaki tersebut bertindak berundur secara perlahan-lahan sebelum mengunci rapat pintu bilik air dan menghubungi Bomba Lutong. 

Anggota Bomba Lutong tiba di lokasi pada jam 9.13 malam dan membuka pintu bilik mandi tersebut secara perlahan-lahan.

Operasi tamat 10 minit kemudian dan ular tedung selar itu dilepaskan ke habitat asalnya.

Ular tedung selar dikatakan sangat aktif pada musim hujan dan kemungkinan ia untuk memasuki kediaman adalah tinggi kerana haiwan itu memburu tikus dan mengekori mangsanya ke dalam rumah. 

Ia dikatakan mempunyai gigitan paling fatal berbanding ular-ular berbisa lain.

Tedung selar boleh membunuh manusia dalam masa 15 minit kerana gigitannya mampi melumpuhkan jantung dan seterusnya membawa maut.
Next Post Previous Post