Motosikal bertembung 4WD, penunggang motosikal maut

SIBU: Seorang penunggang motorsikal maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) di kilometer 63 Jalan Sibu-Bintulu pagi jam 10.10 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan yang dikeluarkan, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Aqif Rayyan Yeo
Umur, 26, disahkan maut oleh pasukan perubatan KKM yang turut berada di lokasi kejadian akibat mengalami luka parah di bahagian kepala.

"Pemandu 4WD bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecedaraan," ujarnya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkankan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Setelah selesai siasatan pihak polis, PKO bertindak membersih kawasan kemalangan dan seetelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Gambar PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak
Next Post Previous Post