Gadis Julau juara Kumang SNI 2023, manakala Bujang Bintulu dinobat Keling SNI 2023

MIRI --Gadis dari Julau berusia 22 tahun, Clara Amanda Buyong dinobatkan sebagai Kumang 'Sarawak Ngepan Iban' 2023 yang diadakan pada malam Sabtu di Miri.

Kemenangan gadis dengan ketinggian 173 sentimeter ini diumumkan di hadapan 350 tetamu yang hadir dalam acara tersebut yang turut dibuat secara langsung melalui akaun facebook Datuk Dr Penguang Manggil.

Dengan kejayaan ini, Clara membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 dan mengalahkan tujuh peserta yang lain.

Beliau turut memenangi kategori Baju Terbaik (Best Dress) seterusnya merangkul wang tunai RM300.

Tempat kedua dimenangi si gadis manis , Mesha Carlynia Jesse, 20, dari Song Kapit yang membawa pulang wang tunai RM2,000, manakala Clarrisa Rinya Setian dari Sibu di tempat ketiga-beliau membawa pulang wang tunai RM1,500.

Sementara itu, lima peserta lain membawa pulang hadiah saguhati bernilai RM1,000-mereka adalah Jasmine Closelida Melia Jerry(20, Saratok), Olivia Elmilza Lewis (25, Suai Niah), Putariza Anyi (28, Miri) , Sheila Riti Jerfry (20, Selangau) dan Jocpsien Dessi Esing (20, Selangau).

Jocpsien juga memenangi 'undi populariti dari online' dan membawa pulang wang tunai RM300.

Sementara untuk kategori Keling SNI 2023, juara dimiliki jejaka tinggi lampai, Edmund Kruka, berusia 24 tahun dari Bintulu.

Belia turut membawa wang kemenangan berjumlah RM3,000 selain dinobatkan sebagai pemenang 'Baju Terbaik' dalam kategori tersebut.

Tempat kedua jatuh kepada bujang sigat dari Nanga Poi Kanowit, Hakkinen Lewis , 24 , dan membawa pulang wang tunai RM2,000 , diikuti Stannish Lajang dari Kapit, Song (RM1,500).

Tiga lagi peserta (Adrian Sabang, Darly Jesse dan Jimmy Alexson) memenangi hadiah saguhati bernilai RM1,000.

Jimmy turut memenangi hadiah kategori 'undi populariti melalui online" dan membawa pulang wang tunai (RM300).

Untuk kategori Ratu SNI 2023, gadis tinggi lampai berusia 22 tahun dari Bintulu, Praty Sofia Bantin muncul juara, mengalahkan tujuh peserta lain.

Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000, manakala tempat kedua dimenangi gadis genit dari Miri, Elvina Elder Bonnie , 27 dan Lydia Hyginius juga 27 dari Kuching di temlat ketiga-mereka membawa pulang wang bernilai RM2,000 dan RM1,500.

Hadiah-hadiah kemenangan disampaikan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai dan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Penguang Manggil.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.