Judi online: Lapan premis diputus elektrik, tiga ditangkap

Gambar kredit PDRM/SEB

KUCHING— Lapan premis dipotong bekalan elektrik kerana terlibat dengan penganjuran pusat perjudian (pusat panggilan dan jol) di sekitar kawasan pentadbiran Balai Polis Gita.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam kenyataan hari ini berkata, operasi pemotongan bekalan elektrik itu dijalankan Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) semalam. 

Gambar kredit PDRM/SEB

Tambahnya, bagi tempoh 13 hingga 19 Februari 2023, Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching dan IPK Sarawak telah membuat tiga operasi dadu di sekitar kawasan Kuching terutamanya di kawasan pentadbiran Balai Polis Gita.

"Hasil serbuan ini seramai seorang lelaki tempatan, dan dua lelaki warga asing telah ditangkap atas kesalahan disyaki terlibat menjalankan aktiviti judi secara tidak sah. 

Gambar kredit PDRM/SEB

"Turut dirampas wang tunai berjumlah RM236.00, dan tiga unit telefon bimbit pelbagai jenama, serta beberapa keping keratan kata laluan dan angka," jelasnya. 

Menurutnya lagi, sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka iaitu tiga di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu perjudian atas talian (online) dan boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara hingga tiga tahun .

Sehubungan itu, beliau amat mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan aktiviti perjudian di daerah kuching dengan menyalurkan maklumat di balai polis yang berhampiran.


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.