Kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun terjatuh ke dalam sungai dikhuatiri lemas

Gambar kredit Bomba Sarawak

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai dan lemas dibawa arus deras semasa bermain di tepian sungai di Kampung Tambirat, Asajaya petang tadi.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan hari ini mengesahkan, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Nudin Irfan Rahman,8, dikatakan sedang bermain di tepian Sungai Sabang sebelum dikatakan terjatuh.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari BBP Asajaya telah dikerahkan bagi menjalankan kerja-kerja mencari dari menyelamatkan mangsa selepas menerima panggilan berhubung insiden pada jam 3.50 petang.

Gambar kredit Bomba Sarawak

"Setakat ini pasukan bomba sedang dalam perjalanan ke loakasi kejadian dan akan memulakan usaha pencarian dengan serta-merta," ujar beliau.

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa.


LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.