Dua ejen judi online dicekup polis di Batu 7

KUCHING-- Dua ejen jual perjudian atas talian dicekup polis semasa Op Dadu di sebuah premis makanan di Batu 7 Jalan Penrissen di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dua suspek yang ditangkap terdiri daripada seorang lelaki warga Indonesia berusia 35 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun.
Jelasnya, warga Indonesia yang disyaki ejen jualan perjudian loteri awam tanpa lesen ditangkap sekitar jam 3.15 petang di premis tersebut.
"Suspek ditangkap kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian jualan loteri awam tanpa lesen," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Tegasnya, suspek ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Katanya, polis turut merampas satu unit telefon bimbit jenama Samsung serta Simkad Digi, dua keping kertas tercatit angka-angka disyaki loteri awam tanpa lesen dan wang tunai berjumlah RM196.
Manakala lelaki tempatan pula, katanya suspek ditangkap sekitar jam 3.20 petang di premis sama juga disyaki menjalankan aktiviti perjudian atas talian.
Kata Abang Zainal, suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 4(1)(c) ARJT 1953 disiasat di bawah sekyen yang sama.
"Polis turut merampas satu unit telefon bimbit jenama Samsung dan wang tunai berjumlah RM148," ujarnya.
Menurutnya lagi, kedua-dua suspek mengaku bekerja sebagai ejen jual perjudian loteri awam tanpa lesen di premis tersebut.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.