Nyawa terancam, penduduk tiga buah rumah panjang di Nanga Tada, Kanowit diarah kosongkan rumah


Gambar ihsan PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

KANOWIT: Penduduk dari tiga rumah panjang di Nanga Tada diarah mengosongkan rumah panjang masing-masing berikutan berlaku tanah runtuh serta mendapan tanah di bahagian belakang rumah panjang berkenaan sejak malam tadi, kata Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak.

Menurutnya, tiga buah rumah panjang yang terjejas itu ialah Rumah Panjang Jelai, Berawang dan Engkamat.
"Sepasukan anggota bomba dari BBP Kanowit bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8.40 malam," jelasnya.
Sampai di lokasi katanya, pasukan bomba mendapati sememangnya berlaku runtuhan serius pada bahagian belakang di ketiga-tiga rumah panjang terbabit.
Runtuhan yang berlaku katanya menyebabkan tanaman dan ternakan penduduk di bahagian belakang rumah panjang musnah dibawa gelongsoran tanah.
Menurut beliau, memandangkan runtuhan sudah berada pada bahagian dapur rumah panjang, pasukan bomba mengarahkan agar penduduk rumah panjang mengosongkan kediaman serta berpindah ke lokasi selamat kerana bimbang berlakunya runtuhan yang melibatkan struktur rumah panjang," tambah beliau.
Next Post Previous Post