Berdepan hukuman gantung sampai mati, lelaki ditahan bersama dadah dan senjata api

LAWAS - Polis merampas selaras senapang patah berukuran 28 inci bersama 10 butir peluru dan sejumlah dadah di dalam sebuah kenderaan susulan penahanan seorang lelaki warga tempatan tengahari semalam.

Menurut Ketua Polis Lawas DSP Sila Kadong, dadah yang dirampas itu disyaki jenis Methamphamtamine dengan anggaran berat kasar 60.9 gram bernilai RM6,090.00.

"Sepasukan Polis Narkotik IPD Lawas telah menahan kenderaan yang dinaiki suspek berusia 40 tahun iti sekitar jam 12 tengahari di simpang Jalan Masuk ke sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Berjumpa Jalan Sundar," jelasnya dalam satu kenyataan media.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis telah menemukan pelbagai keragan tiub straw yang berisi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis Methamphatanime.

"Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati positif dadah jenis Methamphatmine /amphetamine dan semaksan kes lampau mendapati suspek turut mempunyai kes lampau berkaitan dadah," DSP Sila berkata.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. 

Suspek akan direman bagi membantu siasatan.

Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukan kesalahan gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Manakala bagi kesalahan dibawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali dan pengawasan selama dua tahun di bawah 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hukuman penjara tidal lebih7 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan dibawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.
Next Post Previous Post