Ular Sawa nak pergi masat?



MIRI -- Seorang pemilik dan beberapa pekerja sebuah pusat urut dan reflexology di Jalan Bintang pagi tadi gempar dengan kehadiran tetamu tidak diundang.

Reptilia sepanjang 3 meter itu ditemukan dalam keadaan berlingkar di atas sebuah meja di bilik pemilik pusat urut berusia 38 tahun itu.

Menurut pegawai Angkatan Pertahanan Awam Miri Lt (PA) Mirwan Shah Masri, pihaknya dimaklumkan penemuan itu sekitar jam 9.15 pagi tadi.

Difahamkan, sebelum penemuan itu, pemilik pusat tersebut, seorang wanita sedang mengemas meja di dalam bilik pejabat sebelum terkejut apabila terlihat reptilia itu berlingkar. 

Seramai 4 anggota APM Miri  tiba di lokasi dalam operasi yang hanya mengambil masa sekitar 10 minit menggunakan peralatan khas.

 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.