Kereta dinaiki pasangan guru terbalik dalam parit

 



SIBU-- Pasangan suami isteri menempuhi detik hitam dalam hidup mereka apabila kereta dinaiki mereka terbalik dalam parit selepas terlibat kemalangan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 6.21 pagi dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya ke lokasi.


"Komander operasi melaporkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta sedan telah terjatuh dalam keadaan terbalik ke dalam parit yang berair. 


"Kemalangan melibatkan dua mangsa iaitu seorang lelaki dan perempuan dewasa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi," jelasnya menerusi kenyataan, pagi ini.


Jelasnya, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sibu oleh pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Difahamkan, kedua-dua mangsa bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Sibujaya yang mana si suami dilaporkan telah meninggal dunia akibat kemalangan itu.


Manakala si isteri masih dalam rawatan lanjut.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.