Chong sepatutnya tahu harga babi dikawal KPDN

Harga babi,


KUCHING-- Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sepatutnya tahu mekanisme harga barang kawalan termasuk daging babi, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.


Jelasnya, hal ini kerana Chong adalah bekas bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dahulu dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).


"Chong seharusnya lebih tahu tentang kawalan harga barangan terkawal ini di bawah bidang kuasa KPDN.


"Diharap, Chong dapat memberi lebih penerangan dan penjelasan tentang bagaimana harga barangan dan makanan boleh naik di seluruh negara," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.


Kata Dr Rundi, kementeriannya menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) hanya mempunyai bidang kuasa berkaitan mengawal selia pembangunan ternakan, kawalan penyakit berjangkit dan perkara yang berkaitan dengan kawalan import dan eksport.


Mengulas lanjut tuduhan Chong itu, katanya lagi, kerajaan Sarawak telah bersedia lebih awal bagi membantu menstabilkan harga daging babi yang kini dilihat menunjukkan peningkatan harga.


Jelasnya, Sarawak telah menetapkan harga siling untuk menstabilkan harga babi selepas penularan wabak demam babi Afrika (ASF) ke atas haiwan ternakan itu.


"Disebabkan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah tidak mempunyai kuasa terhadap kawalan harga barangan terkawal ini, kita bekerja rapat dengan agensi berkaitan bagi membantu menyuarakan isu peningkatan harga babi ini," ujarnya.


Mengulas lanjut, berdasarkan statistik yang dikeluarkan JPVS katanya, terdapat dua sumber utama bekalan daging babi segar untuk pasaran Sarawak. 


"Pertama utama pembekal daging babi segar adalah dari Kawasan Penternakan Babi (PFA) di Pasir Puteh, Simunjan, dijual melalui Precious Food Products Sdn Bhd di lebih daripada 17 kedai runcit di bawah jenama

Borneo Pork. 


"DVSS mendapati tiada kenaikan harga jualan daging babi setakat ini oleh syarikat ini," jelasnya.


Kedua pula, katanya,penternak skala berbeza di luar kawasan PFA yang merupakan pembekal utama yang lain bagi babi hidup yang dijual kepada penyembelih dan selepas itu, babi dijual di pasar basah, makanan

penjual dan kedai daging. 


"Daging babi yang dijual oleh kedai-kedai pasar ini adalah antara yang didapati telah meningkat harganya dalam beberapa bulan kebelakangan ini," dedah Dr Rundi.


Selain itu, beliau memberitahu permintaan yang tinggi terhadap daging babi ini ketika perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2023 telah mengehadkan bekalan sekali gus memberi kesan kepada peningkatan harga di seluruh negara.


Bagaimanapun, katanya, kementeriannya akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi membantu menstabilkan harga daging babi di negeri ini.

LihatTutupKomentar