Lelaki cedera jadi mangsa langgar lari
SARIKEI--Seorang lelaki cedera selepas menjadi mangsa langgar lari di simpang Tanah Putih Skim B di sini, petang tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa Abang Marshiman Abang Mostapha,39, dalam keadaan separuh sedar, luka ringan di bahagian kaki dan tangan, mangsa juga mengalami sakit di bahagian punggung sebelah kanan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt. (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada orang awam jam 6.47 petang.
"Tiba dilokasi Skuad Charlie mendapati berlakunya kemalangan langgar lari yang melibatkan sebuah motosikal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, skuad Bravo bergegas membawa mangsa ke hospital untuk rawatan.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.