Lelaki cekal jaga isteri buta, anak dilahirkan tanpa dubur

Bayi lelaki dilahirkan tanpa lubang dubur, Lelaki cekal jaga isteri buta, anak lelaki dilahirkan tanpa dubur


KUCHING-- Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah dari Kampung Meranek yang terpaksa membanting tulang demi menjaga kebajikan isteri dan bayinya yang istimewa. 


Dia, Sa'adi Bakar yang kini tinggal di Jalan Kampung Meranek, Kota Samarahan memberitahu, isterinya, Dinah Abdullah merupakan orang kelainan upaya kategori buta. 



Manakala bayi lelakinya itu katanya dilahirkan tanpa lubang dubur (tiada lubang saluran pencernaan). 


"Jangan menangis anakku sayang, tahan sebentar (sakitmu), ayah sedang memasangkan beg plastik (untuk membuang najis). Nanti sudah sembuh dan selamat. 



"Isteri saya buta hingga ke anak juga dilahirkan istimewa tetapi kami bahagia (walaupun dengan dugaan sebegini)," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 


Tambah Sa'adi, sakit mata melihat sakit lagi yang menanggungnya. 


Mengulas lanjut sakit bayinya itu, dia memberitahu, beg plastik yang digunakan bayinya perlu ditukar 3-4 hari seminggu jika tidak beg plastik tersebut melekat pada badan bayinya.



Bayinya yang diberi nama Nur Muhamad Hasbie dilahirkan pada 14 November lalu juga katanya akan dibedah untuk membuat lubang pencernaan di Hospital Umum Sarawak. 


"Jadi dia perlukan masa agak panjang untuk sembuh dan sentiasa dibawa dan diperiksa ke Hospital Umum Sarawak dan Klinik Kesihatan," jelasnya. 


Tambahnya, pertukaran kali ke-4 tukar beg plastik pakai buang yang mana sehelai beg plastik berharga RM18 sekeping. 


Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Sa'adi di talian 0103913841 (Whatsapp) atau 01170743941. 


Selain itu, katanya sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun bank miliknya 11040028900277  (Bank Islam)  atau isterinya, 11040028369790 (Bank Islam). 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.