Miliki dadah, lelaki berdepan hukuman mati

Seorang lelaki ditangkap kerana memiliki dadah syabu dan ketamin, Miliki dadah lelaki berdepan hukuman mati

SIBU-- Seorang lelaki berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan selepas ditangkap kerana memiliki dadah syabu dan ketamin.


Suspek berusia 50 tahun itu diberkas sepasukan anggota polis narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di tepi jalan lorong Ulu Oya di sini, jam 4 petang semalam.


Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai dua paket plastik berisi ketulan-ketulan kristal yang disyaki dadah syabu, anggaran berat kasar 51.80 gram dianggarkan bernilai RM 5,180.


"Turut dirampas tiga paket plastik lutsinar berisi serbuk warna putih disyaki dadah ketamin, anggaran berat kasar 1.70 gram dianggarkan bernilai RM 200.


"Ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphtamine," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menjelas lanjut, katanya, suspek ditangkap mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


"Suspek telah ditahan reman selamai empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.


"Hukuman bagi kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya.


Beliau berkata, bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 denda tidak melebihi RM 5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau keduanya-keduanya sekali, selain pengawasan selama dua tahun mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.