Ranking Harimau Malaya kini ke-146 dunia

Skuad Harimau Malaya berjaya dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa, Ranking Harimau Malaya kini ke-146 dunia
Gambar kredit Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

KUALA LUMPUR—Skuad Harimau Malaya berjaya naik dua anak tangga dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menduduki tempat ke-146 dunia, susulan prestasi membanggakan sejak kebelakangan ini.


Berdasarkan kemas kini terbaharu di lama sesawang FIFA, skuad kendalian Kim Pan Gon itu berjaya mengumpul 1062.32 mata untuk meningkat daripada posisi ke-148 dunia yang dihuni sejak 25 Ogos lepas.


Perkembangan positif itu susulan kejayaan skuad kebangsaan m$ncul nab juara saingan Piala Raja Thailand 2022, bulan lalu.


Skuad Harimau Malaya membuka tirai kejohanan di Chiang Mai itu dengan menewaskan Thailand 5-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1, sebelum akur dengan kekalahan 0-3 kepada Tajikistan dalam aksi final menerusi penentuan penalti selepas terikat tapa jaringan.


Berdasarkan kedudukan ranking terbaharu FIFA, Malaysia kekal berada di kedudukan ke-26 dalam kalangan negara Asia dan keempat di Asia Tenggara selepas Vietnam (96), Thailand (111) dan Filipina (133).


Sementara it, juara Piala Dunia lima kali, Brazil kekal di kedudukan teratas dunia diikuti
Belgium, Argentina, Perancis dan England di tempat kelima.


- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.