Hujan berterusan tahap waspada di Mukah, Utara Sarawak

Amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Labuan, MetMalaysia, Hujan berterusan dijangka berlaku
Grafik MetMalaysia

KUALA LUMPUR— Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sarawak, Sabah dan Labuan bermula Sabtu hingga Isnin ini.


Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan di Sarawak melibatkan Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat.


Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.