Pekerja JBALB maut disengat tebuan
SEBUYAU-- Seorang pekerja Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Samarahan maut dipercayai disengat tebuan Selasa lalu.
Mangsa dikenali Hardy Edwin Lunggan, 42, beralamat di Kampung Merdang Lumut.
Ketua Polis Daerah (KPD) Simunjan, Deputi Superintendan Wong Tee Kue yang mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu berkata,mangsa di percayai meninggal ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Sebuyau.
"Pengesahan kematian telah dibuat Pegawai Kesihatan Klinik Sebuyau, Dr Abdul Halim Abdul Rahman pada jam 4.26 petang," katanya.
Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke hospital Simunjan untuk disimpan dirumah mayat sementara menunggu siasatan lanjut.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.