DAP Sarawak puji usaha polis banteras keldai akaun, cadang bank perkenal dasar


Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) DAP Sarawak puji usaha polis banteras keldai akaun, cadang bank perkenal dasar di negeri ini.


Pujian itu berikutan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak menangkap seramai 1,221 suspek keldai akaun untuk tempoh Jan 2021 hingga Sept 2022, dengan 914 suspek sudah didakwa.


“Kami memuji pasukan Polis Sarawak yang memberi maklum balas pantas mengenai isu ini.


“Namun kami berharap kerajaan dan bank Negara Malaysia (BNM) wajar pro-aktif agar mangsa penipuan bank dan ‘kecurian’ melalui perbankan internet diberi pampasan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.


Chong menambah, keldai akaun hanya sebahagian daripada keseluruhan ekologi penipuan bank.


“Kebocoran maklumat perbankan peribadi, sistem keselamatan e-perbankan yang digodam, sistem keselamatan dompet digital yang diragui selain dasar pampasan mangsa yang tidak jelas.”


“Jika kerajaan dan BNM bekerjasama untuk menggubal dasar yang jelas, saya percaya semua ini dapat ditangani dengan berkesan,” katanya.


Chong tidak menafikan pihak bank seperti penyimpan adalah mangsa yang menanggung kerugian.


“Persoalannya, siapakah yang berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menggelakkan kerugian tersebut? Bagi saya, bank harus menanggung kerugian tersebut memandangkan mereka mempunyai sumber kewangan dan cara untuk mengelakkan kes sebegini berlaku,” tegasnya.


Bagi menyelesaikan isu keldai akaun, Chong mencadangkan beberapa dasar.


“Perlu ada dasar yang lebih ketat bagi sesiapa sahaja untuk membuka akaun bank atau akaun e-dompet. Sekiranya berlaku penipuan, pemegang akaun tersebut dapat dikesan dan bertanggungjawab atas jenayah tersebut.


“Bank juga harus bertanggungjawab ke atas kerugian atas penipuan tersebut. Kebocoran data dan sistem digodam boleh dicegah dengan program keselamatan yang lebih maju dengan kos yang lebih tinggi.”


Dengan memberi tanggungjawab atas kerugian kepada pihak bank, Chong berharap mereka akan berusaha melindungi pelanggan dengan melabur lebih banyak dalam sistem keselamatan.


Selain itu katanya, polisi insurans tanpa kesalahan wajar diperkenal untuk memberi pampasan kepada mangsa penipuan bank tersebut. 


“Bank mesti mengambil dasar sedemikian untuk melindungi pelanggan mereka. Sekiranya bank mempunyai banyak kes penipuan bank, premium insurans akan lebih tinggi berbanding dengan bank yang mempunyai kes penipuan bank yang rendah. 


“Dengan cara ini, bank yang mempunyai kes penipuan bank yang tinggi akan mempunyai kos dana yang lebih tinggi dan keuntungan yang lebih rendah. Ini juga untuk mendorong bank-bank menambah baik sistem e-perbankan mereka,” katanya.


“Saya bersimpati dengan mangsa penipuan bank sebegini. Ramai daripada mereka telah dicuri simpanan sepanjang hayat mereka tanpa mereka tahu apa yang berlaku.


“Kerajaan yang tidak menyediakan jaminan untuk simpanan rakyat di bank adalah satu kegagalan. Saya berharap kerajaan baharu yang dipilih selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan memastikan simpanan rakyat di bank selamat.”


Hari ini Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dalam kenyataan media berkata, suspek keldai akaun ini dilihat semakin berleluasa digunakan penjenayah untuk menerima wang hasil daripada kegiatan penipuan dalam talian dan menerusi media sosial.


Katanya, siasatan polis menunjukkan individu yang membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh penjenayah sebenarnya mengetahui bahawa mereka tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat akaun kepada mana-mana pihak.

Next Post Previous Post