Anwar takut pengundi Melayu?

Presiden PKR Anwar Ibrahim dikatakan takut ditolak Melayu ekoran tidak menyahut cabaran cabaran bekas timbalannya, Anwar takut pengundi Melayu

KUALA LUMPUR-- Presiden PKR Anwar Ibrahim dikatakan takut ditolak Melayu ekoran tidak menyahut cabaran cabaran bekas timbalannya, Azmin Ali untuk bertanding di Parlimen Gombak, kata Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang Mansor Othman.


Memetik laporan Malaysiakini, Mansor berkata, tindakan Anwar yang tidak menyahut cabaran Azmin jelas mencerminkan ketakutannya ditolak pengundi Melayu.


Meskipun pada mulanya Anwar ingin "mengajar pengkhianat" parti itu dengan bertanding di salah satu kerusi yang disandang mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun kata Mansor, Anwar kini bertukar nada susulan cabaran dari Azmin.


"Apabila Azmin menjawab cabaran Anwar atau mana-mana ahli keluarganya untuk bertanding di Gombak, dia terus bertukar nada, mengelak dan enggan memberi komitmen...dan malah secara efektifnya cuba menutup subjek tersebut.


"Apakah ini contoh keberanian dan kualiti seorang pemimpin agung yang kononnya calon perdana menteri?" katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah Mansor yang merupakan penyandang Parlimen Nibong Tebal, Anwar takut kalah di Gombak kerana kerusi itu merangkumi 75 peratus pengundi Melayu.


"Anwar sedar dia dan PH yang didominasi DAP ditolak pengundi Melayu. Ini nyata daripada keputusan dari turutan pilihan raya kecil serta pilihan raya negeri sejak PRU14.


"Pendek kata, Azmin Ali menyahut gertakan Anwar dan Anwar telah cabut lari," katanya lagi.


Katanya lagi, Anwar mendakwa dia "pening" untuk memilih kerusi setelah menerima tawaran bertanding di beberapa negeri bagi menutup perkara itu.


Pada 11 Oktober lalu, Penerusi PH Selangor Amirudin Shari memaklumkan gabungan itu akan meletakkan calon baru di Parlimen Gombak dan Ampang yang disandang seorang lagi bekas pemimpin PKR, Zuraida Kamaruddin.


Mansor berkata Anwar dan PKR telah menghabiskan masa dua setengah tahun sejak kejatuhan PH untuk menyerang Azmin dan bekas pemimpin parti itu, bukannya menjelaskan perancangan PH kepada rakyat.


"PH telah hilang panduan dan tiada arah tujuan.


"Pemimpin dan calon PM mereka berlari tanpa arah tuju seluruh Malaysia untuk mencari kerusi selamat dan mengelak sahutan (cabaran) dari pemimpin PN seperti Azmin," katanya lagi yang menyertai Bersatu bersama-sama Azmin dan beberapa lagi pada 2020.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.