Pesawat B24 US Navy bersemadi di Kampung Telahak, Limbang

Serpihan bangkai sebuah pesawat jenis B24 Us Navy yang mendarat cemas ketika Perang Dunia Kedua, Pesawat B24 US Navy bersemadi di Kampung Telahak

LIMBANG- Siapa sangka lokasi semak samun dan tanah paya yang  menjadi lubuk ratusan kerbau berkubang menyimpan serpihan bangkai sebuah pesawat jenis B24 Us Navy yang mendarat cemas ketika Perang Dunia Kedua tercetus, kira-kira 79 tahun dulu.


Terletak di Kampung Telahak Limbang serpihan pesawat itu masih boleh ditemui dengan jelas terbenam di Paya Matan kampung itu yang kini ditumbuhi pokok liar di kawasan seluas 100 hektar.



Serpihak bangkai pesawat itu   penting bukan saja untuk Sarawak malah Malaysia secara keseluruhannya kerana menyimpan khazanah  tinggalan sejarah yang cukup berharga.


Berdasarkan  sejarah, pada tahun 1943, ketika perang dunia kedua tercetus, pesawat jenis B24 Us Navy yang ketika itu berada di ruang udara miri mengalami kerosakan  selepas ditembak tentera Jepun sebelum melakukan pendaratan cemas di kawasan sawah padi di Kampung Telahak, Limbang.



Ketika itu pesawat itu membawa sembilan anak kapal tentera British semasa ditembak dan berpusing-pusing sebelum mendarat cemas  di kawasan tersebut.


Dalam insiden itu seorang anak kapal maut manakala lapan anak kapal tentera British selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan sebelum dihantar ke penempatan sementara di bandar Limbang.



Bagaimanapun impian lebih 100 orang penduduk Kampung  Telahak untuk melihat lokasi tersebut dinaiktaraf sebagai pusat sejarah sejak 79 tahun semakin kelam apabila lokasi tersebut  terbiar dan semakin dilupakan.


Ketua Kampung Telahak Sahdan Mohidin 52, ketika ditemui BN tetap  berharap penantian  penduduk lebih 79 tahun  untuk melihat lokasi serpihan bangkai pesawat itu dinaiktaraf segera sebagai pusat tinggalan sejarah tercapai.


Beliau berkata usaha untuk menjadikan lokasi tersebut sebagai pusat sejarah sudah diketengahkan kepada kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan beberapa tahun sebelum ini.



Namun katanya  sehingga kini pihaknya masih menanti agar lokasi tersebut dibangunkan dengan menyediakan kemudahan dan prasarana untuk pengunjung datang sendiri menyaksikan serpihan bangkai pesawat lama.


“Disini di tempat terhempasnya pesawat US Navy 24 sejarah perang dunia kedua, penjajahan british  yang sebahagiannya sudah musnah entah kemana.


“Justeru kami  menyeru kepada pihak-pihak agensi ataupun pihak-pihak yang terlibat khasnya untuk membaikpulih tempat ini supaya dia lebih terpelihara kesan peninggalan sejarah yang lampau. 


“ Jadi pada harapan saya dan warga kampung khasnya supaya tempat ini diberi kemudahan untuk pelancong-pelancong,”katanya lagi.




Sahdan juga berharap kepada agensi berkaitan agar dapat melakukan   kajian terperinci tentang kemungkinan terdapatnya bahan letupan di dalam serpihan bangkai pesawat terbabit

 

Bagi Mansur Bakar 73, mereka berharap agar agensi-agensi berkaitan membangunkan kawasan serpihan bangkai pesawat sebagai tinggalan sejaran demi tatapan generasi akan datang

 

“. Saya berseru supaya kerajaan negeri Sarawak dan juga khususnya kepada negara Malaysia supaya tempat ini dibuat sebagai satu sejarah dan juga sebagai lawatan pelancong dari luar negara ataupun di dalam negara supaya tempat ini  tidak pupus ditelan zaman khususnya kepada generasi akan datang,” katanya.


Jelas Mansur keunikan kampung ini sebagai lokasi tinggalan sejarah   tidak ada ditempat lain.


Sebelum ini Jabatan Muzium Sarawak pernah merancang untuk membawa serpihan bangkai dan enjin pesawat milik Amerika Syarikat (AS) yang terhempas selepas ditembak tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di Kampung Telahak di sini ke Muzium Wilayah Limbang.

 

Malah  satu pemeriksaan sudah dijalankan di lokasi penemuan serpihan enjin pesawat di Kampung Telahak yang mempunyai nilai sejarah tersendiri.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.