Pembantu kedai maut, motosikal ditunggang langgar penghadang simen


KUCHING-- Seorang pembantu kedai lelaki maut selepas motosikal ditunggang kemalangan kendiri melanggar penghadang simen pembahagi laluan

di Batu 12, Jalan Kuching/Serian di sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian jam 1.50 pagi itu, mangsa yang maut dikenali Alvin ak Kajitan,31, beralamat di Kampung Bunan Gega, Tebakang.


Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata,kawasan kemalangan bukan kawasan 'black spot' dan merupakan tiga lorong dua hala serta mempunyai garisan putih putus-putus sebagai pembahagi lorong manakala terdapat pembahagi simen di tengah jalan sebagai pembahagi laluan bertentangan dari arah Serian menghala ke Kuching.


Menurutnya, dipercayai kejadian berlaku semasa mangsa yang menunggang Yamaha Lagenda seorang diri dilorong paling kanan jalan sedang bergerak lurus dari arah Serian hendak menghala ke Kuching. 


"Semasa bergerak melepasi lampu isyarat Batu 12, Jalan Kuching / Serian,motosikal ditunggang hilang kawalan lalu melanggar penghadang simen pembahagi laluan. 


"Akibat daripada kejadian tersebut,mangsa

 tercampak ke sebelah jalan di laluan yang bertentangan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,penunggang disahkan maut di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak(HUS).


"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke HUS untuk tindakan lanjut. 


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," tegasnya.

Next Post Previous Post