Tiada laporan diterima individu diperas ugut ketika keluarkan wang di Serian

Berita Serian terkini, berita Sarawak terkini, berita Malaysia terkini, individu diperas ugut ketika keluarkan wang di Serian


SERIAN--Pihak polis menafikan kenyataan dalam media sosial facebook individu hampir diperas ugut semasa mengeluarkan wang dari mesin ATM CIMB di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Serian, DSP Aswandy Anis berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Serian telah mengesan kenyataan itu yang dimuat naik dalam media sosial facebook.


"Kita menafikan kenyataan itu dan menyifatkan sebagai tidak berasas kerana tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian itu.


"Polis meminta masyarakat awam terutamanya pengguna media sosial agar mendapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak berwajib sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan seumpama ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dalam kenyataan yang tular di media sosial facebook, individu Barry Joshua memua naik kenyataan diahampir menjadi mangsa ragut ketika mengeluarkan duit di mesin ATM CIMB Serian.


Dua suspek peragut dipercayai salah seorang menggunakan  baju hitam manakala seorang lagi menggunakan baju merah dan topi hitam.


Katanya, sebarang kenyataan yang disiarkan tanpa pengesahan serta bukti yang sahih boleh disiasat mengikut Akta 

Komunikasi dan Multimedia 1998.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.