Lori bawa muatan minyak masak terbakar
BINTULU--Sebuah lori lima tan yang membawa muatan minyak masak terbakar di Jalan Bintulu/Tatau di sini, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan behubung kes itu jam 12.41 tengah malam dengan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tatau dan BBP Bintulu ke lokasi kejadian.
"Setibanya dilokasi didapati kebakaran lori 5 tan yang membawa muatan minyak masak telah terbakar 100 peratus.
Bagaimanapun, kebakaran itu tidak melibatkan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,anggota Bomba telah berjaya memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan satu aliran 100 kaki satu nozel dari air jentera dan tiga tong foam.
"Bantuan dari tanker air Pan Borneo turut digunakan. Setelah memastikan kebakaran padam sepenuhnya dan keadaan selamat, anggota bertolak balik ke balai," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.