Notification

×

Iklan

Iklan

Bekas pengarah AADK didenda RM3,000 terima suapan RM400

| September 28, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-09-28T06:19:47Z
Mohamad Yusof didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana menerima rasuah empat tahun lalu. Gambar kredit Sinar Harian 

MELAKA— Seorang bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana menerima suapan wang tunai, empat tahun lepas.


Hakim Elesabet Paya Wan turut menjatuhkan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh, Mohamad Yusof Kameh, 55, gagal menjelaskan denda berkenaan. 


Mohamad Yusof terdahulu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu secara rasuah menerima untuk dirinya suatu benda berharga iaitu wang tunai RM400 tanpa balasan daripada Budyarif Rahmat yang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya.


Mohamad Yusof didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka pada 22 Jun 2018.


Pertuduhan pilihan itu dibaca mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan. 


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka Nur Syakila Yaacob manakala Mohamad Yusof diwakili peguam Datuk Naran Singh.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update