SAR memasuki hari ketujuh, Kuta Masih gagal dijejaki
SIBU-- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga emas lelaki, Kuta ak Jenang, 81, yang hilang di dalam hutan Kem Belia Kemuyang, di sini, yang memasuki hari ketujuh hari ini masih gagal mengesan mangsa.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, tindakan awal pasukan Bomba ialah mencari di kawasan yang di dikhuatiri hilang bersama dengan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM),Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta penduduk kampung.
"Radius SAR pada hari ke tujuh dalam lima kilometer dari jarak Post Kawalan Operasi Pencarian yang dibahagikan mengikut Zon A, B dan C.
"Bot turut digunakan bagi pencarian mangsa di sungai berdekatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,penggunaan Unit Anjing K9 Polis dan juga Unit Dron dari Pasukan Gerakan Udara Kuching juga dijalankan bagi mencari mangsa tersebut bagi mengesan track baru mangsa bagi memudahkan operasi SAR.
"SAR dimulakan pada jam 10.30 pagi setelah mendengar taklimat tentang opearasi oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri.
"Operasi SAR ditangguhkan pada jam 4.15 petang disebabkan cuaca sudah mulai gelap serta hari mahu hujan," ujarnya.
Katanya, operasi SAR akan bersambung esok hari.
Dalam kejadian 21 Ogos lalu, mangsa-mangsa dikhuatiri hilang di dalam hutan Kem Belia Kemuyang selepas tidak balik ke rumah.